Saturday, 11 May 2013

BERSABARLAH WAHAI HATI~~



Assalamualaikum w.b.t...
Hello hello hello everyone…haha. Lame giler dah tak update blog ni.haha. Busy dengan Profesional Exam 3 yang amat mengerikan. Pelbagai dugaan terpaksa dihadapi sebelum exam, tengah-tengah exam pun amat dramatik. Lepas exam pun sangat mendebarkan, hampir-hampir jadi PTSD (post-traumatic stress disorder) haha. Memang cuak giler la masa pengumuman result exam tu, mane tak nya baru exam hari Isnin hari Jumaat dah umumkan result. Trauma aku pun tak habis lagi.haha. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu an an an..~.  Alhamdulillah dengan izin Allah lulus pun. hurreeyyy. :D InsyaAllah bakal bergelar doktor tidak lama lagi Insyaallah. Alhamdulillah..:)

 
~ALHAMDULILLAH~ HADIAH BUAT BONDA~




Maka berakhirlah pengajian aku dalam bidang perubatan selama 5 tahun. And it also the start of new chapter in my life. :D Terima kasih pertama-tamanya kepada my mom, Rabayaah binti Ibak yang banyak berkorban selama ini, terima kasih atas doa yang tidak putus-putus. Juga terima kasih kepada para pensyarah, rakan seperjuangan, staf-staf sokongan UITM, rakan-rakan dan semua yang membantu selama ini. Thank you so much! 

~SYUKRAN Yazilan ya ustaz~ ;)~


 Habis exam, ape lagi bagi para graduan uiversiti ni, musim mengawan pun tiba ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.hahahaa. Ada yang dah kawen dah pun. Yang bakal kawen tu berderet tengah menunggu giliran masing-masing. Tahniah la kepada rakan-rakan yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Antaranya Solehin n kema, Aizat (anak ayah) n athirah, Hafizuddin ( YB- yang baik), Bun n Iija, Gmah, Kak Izah, Budi??, Sya (org jengka) dan Panjang n Raja.  Semoga kalian berbahagia hingga ke Jannah Allah. :)

~Alololoo comelnyerr~ haha XD~


DAh habis grad ni, ada lah desir-desir angin menbawa suara bertanyakan kepadaku, "Ko bile pulak?". Pastu dengar lagi suara halus berbisik, "Ko bile pulak?".hahadoii.. Susah btul nak jawab soalan macam ni, jawapan mudahnya, "bila sampai masanya, adela.."haha. Mohon dipermudahkan.Amin...hahaha.

~Bersabarlah wahai hati~

In conclusion, setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Setiap penantian insyaAllah pasti akan terbalas. Natijahnya, senantiasa lah bersabar dan percaya dengan rahmat Allah. Berusaha sentiasa, doa banyak-banyak dan bertawakal lah kepada Allah. Semoga Allah tunjukkan jalan Keluar bagi setiap masalah yang dihadapi insyaAllah. With that I end my story by saying Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Yg Benar,
Dr Idiaz Zaidi.. (hehehee..;p)

p/s: just getting excited...haha.