Pendekar Mustar: Ini bukan cobaan, ini betul-betul!
Bujang lapuk: Cooobaaaannn...
Me: Coaabaaaannn..~ >_<
~Aziz , Ramlee dan Sudin.~Haha~ |
Hai everyone there. How are you? Hope u allz will be fine there.haha..
Emm hari ni nak cakap pasal ujian, kire nama lain bagi cubaan.
Ujian, rintangan, dan cubaan memang tidak lekang daripada kehidupan manusia. Manusia membesar dan matang setelah mengharungi pelbagai ujian dan rintangan dalam kehidupan sehari-hari. Ramai orang semakin berjaya setelah melalui ujian dan rintangan dalam kehidupan mereka. However, tak kurang juga mereka yang kecundang, tewas dan berputus asa setelah diuji dengan mehnah dan onak duri kehidupan. Ujian boleh hadir dalam pelbagai bentuk, ada yang berupa peperangan, kemiskinan, kecacatan, penyakit dan yang paling penting dan sebagainya.haha.
WHY ME?huuhuu
kadang-kadang kita mengeluh sendirian, "kenapa la aku diuji sebegini, ape salah aku..huu" (monolog dalaman..>,<). Takde ke orang lain yang lebih layak diuji sebegini selain aku. Itu kalau dilihat dari sudut negatif. Sedarkah kita bahawa masih ramai lagi orang yang kurang bernasib baik, ujian yang mereka hadapi lebih berat malah melihatnya sahaja boleh melahirkan perasaan sedih dan kasihan. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 286:
Au'zubillahiminassyaithonirrajim..
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
[Surah Al-Baqarah ayat 286] |
Jadi kita amat beruntung kerana dipilih Allah untuk menghadapi ujian-ujian tersebut. Daripada insan lain yang terus dibiarkan dalam kealpaan dan kelekaan...
PUTUS ASA..HUU
"Aku buat baik pun tak guna, last-last ni balasan untuk aku..huu..". Antara keluhan dan rintihan mereka yang menghadapi ujian. Terasa macam kebaikan yang lampau tidak berbalas. Bahkan musibah pula yang melanda. Mungkin dengan ujian inilah Allah nak lihat sejauh mana keikhlasan kita dalam melakukan kebaikan. Adakah kebaikan yang kita buat semata-mata kerana Allah atau pun untuk mendapatkan balasan atau pujian daripada orang ramai.. Firman Allah S.W.T dalam surah Yusuf ayat 87:
Au'zubillahiminassyaithonirrajim..
“… dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” [Surah Yusuf ayat 87] |
Setiap ujian melanda pasti ada jalan penyelesaiannya. Dengan ujian inilah Allah nak mendekatkan kita kepadanya. Dengan ujian inilah bisa membuatkan kita bangun dari kealpaan kita, kembali ke dunia nyata. Bahwasanya, kita ini hanyalah hamba yang lemah. Dengan izin-Nya lah kita mengecapi segala kenikmatan, kekayaan, kemewahan. Milik-Nya lah segala yang ada disisi kita. Maka terhindarlah kita daripada sifat sombong, bongkak dan bangga diri. Dan bersemilah rasa rendah diri di dalam hati.. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 45:
Au'zubillahiminassyaithonirrajim..
So, banyak-banyakkan bersabar okey. Jangan lupa solat selalu. Mudah-mudahan dengan solat itulah Allah datangkan penyelesaian kepada ujian yang kita hadapi melalui jalan yang kita tidak sangka-sangka. Allah yang ciptakan ujian, so Allah jualah yang mampu memberikan jalan penyelesaian untuk kita. Always have faith in Allah k! :D
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
HAHAA entry kali ni lebih kepada muhasabah diri, especially untuk diri aku la..haha. Macam-macam jadi.haha. Tapi kalo jumpe orang pown kite senyum-senyum slalu okey.haha. :D
Stay cooL~ bebeyh. byebye~. wassalam...
SURAH AL-ANKABUUT, AYAT 2~ |
No comments:
Post a Comment