HARI KEMERDEKAAN!! MERDEKAKAH KITA??
Assalamualaikum adik-adik kakak-kakak abang-abang pakcik makcik
sekalian.
( waalaikumsalam…. Jawab dalam hati…)
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Sempena hari merdeka ni, terdetik pulak nak update blog aku ni. Setelah
hampir 3 tahun menyepi, agak berhabuk skrin komputer aku ni. Hampir 3 tahun
bergelar doktor, masa berlalu amat pantas. Berhempas pulas menjalani kehidupan
sebagai doctor, terutama sebagai doctor pelatih, terlalu banyak pengalaman
untuk dikongsikan. Terlalu banyak cubaan menimpa-nimpa sepanjang 3 tahun ini.
Alhamdulillah masih diberikan kekuatan oleh Allah dan masih mampu untuk
berbakti kepada masyarakat.
Kalau nak cerita pengalaman sepanjang 3 tahun ni memang xdapat habis dalam
masa sehari, banyak yang telah aku belajar dalam masa 3 tahun ini. Erti
kehidupan, erti harapan, erti cinta dan kasih sayang dan sebagainya. Anda juga harus memiliki
pengalaman yang banyak sepanjang 3 tahun ini. Setiap jalan cerita kita berbeza,
hanya kita tahu bagaimananya rasa menjadi “Aku”.
HAihh…. HaMpir berkarat minda aku ni nak membuat karangan, harap tiada
guru karangan bahasa melayu membaca entry ini sebab markahnya hamper-hampir ke
kosong…. Adoi..
Ok la tu nak buang karat dulu… Aku akhiri dengan serangkap pantun 10
kerat,
Merdekakah sudah negaraku?
Andai pemikiran masih terbelenggu,
Masa hadapan semakin buntu,
Ekonomi negara kian bercelaru,
Tanah dipijak bukan milikmu,
Anak muda persiapkan ilmu,
Kita harus berganding bahu,
Agar kemerdekaan kekal disitu,
Sekian dulu dari aku,
Assalamualaikum, thank you.
~Idiaz Zaidi~
No comments:
Post a Comment