Wednesday 31 August 2016

SPECIAL ENRTY, HARI KEMERDEKAAN!!

HARI KEMERDEKAAN!! MERDEKAKAH KITA??



Assalamualaikum adik-adik kakak-kakak abang-abang pakcik makcik sekalian.
( waalaikumsalam…. Jawab dalam hati…)
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sempena hari merdeka ni, terdetik pulak nak update blog aku ni. Setelah hampir 3 tahun menyepi, agak berhabuk skrin komputer aku ni. Hampir 3 tahun bergelar doktor, masa berlalu amat pantas. Berhempas pulas menjalani kehidupan sebagai doctor, terutama sebagai doctor pelatih, terlalu banyak pengalaman untuk dikongsikan. Terlalu banyak cubaan menimpa-nimpa sepanjang 3 tahun ini. Alhamdulillah masih diberikan kekuatan oleh Allah dan masih mampu untuk berbakti kepada masyarakat.

Kalau nak cerita pengalaman sepanjang 3 tahun ni memang xdapat habis dalam masa sehari, banyak yang telah aku belajar dalam masa 3 tahun ini. Erti kehidupan, erti harapan, erti cinta dan kasih sayang  dan sebagainya. Anda juga harus memiliki pengalaman yang banyak sepanjang 3 tahun ini. Setiap jalan cerita kita berbeza, hanya kita tahu bagaimananya rasa menjadi “Aku”.

HAihh…. HaMpir berkarat minda aku ni nak membuat karangan, harap tiada guru karangan bahasa melayu membaca entry ini sebab markahnya hamper-hampir ke kosong…. Adoi..
Ok la tu nak buang karat dulu… Aku akhiri dengan serangkap pantun 10 kerat,

Merdekakah sudah negaraku?
Andai pemikiran masih terbelenggu,
Masa hadapan semakin buntu,
Ekonomi negara  kian bercelaru,
Tanah dipijak bukan milikmu,
Anak muda persiapkan ilmu,
Kita harus berganding bahu,
Agar kemerdekaan kekal disitu,
Sekian dulu dari aku,
Assalamualaikum, thank you.


~Idiaz Zaidi~

No comments:

Post a Comment