Thursday, 1 September 2016

SENANG-SENANG BUAT DUIT (SSBD) - EPISODE 1

Assalamualaikum w.b.t.. 

Ape kabar semua, bizi ke? 
hAHA YEKE??
Haha jangan buat-buat bizi yer meh bace cerita aku ni dulu.hahaha.  



Hari nan permai ni nak cerita sikit pasal kawan aku ni. 
Dah lame aku kenal kawan aku ni, dari dia muda sampai sekarang dah berumah tangga. Kami ni macam ada persamaan sikit la, iaitu nak Berjaya dunia akhirat.haha. Korang pun mesti nak Berjaya dunia akhirat jugak kan, ye idok? Haha.  

Meh aku perkenalkan kawan aku ni, Nama dia Muhammad Naim , biase panggil Naim jer.

Naim, tengah repair kete die... Nissan GTR.. Top speed 300 km/h jer, xlaju sangat pn.hahahaa.


 Dulu dia belajar Kejuruteraan Automotif kat UIA Gombak, dekat jer ngan aku, aku blaja kt UiTM KAmpus Selayang.
Dulu dia baru habis blaja, dalam 2 tahun yang lalu. Harini kami masing-masing telah Berjaya. Aku Berjaya menjadi doktor setelah 8 tahun berkecimpung dalam dunia perubatan.

Yang BESTnye kawan aku ni, dia TAKNAK cari kerja pun lepas grad.
Dah 2 tahun grad tapi tak pernah hantar resume mintak kerja pun. Ape kejadahnya ini. Mak ayah hari-hari suruh cari kerja. Mane TAKNYE bertahun-tahun blaja last-last TAKNAK cari kerja.

Tetapi dia walaupun tidak berkerja tetap seorang yang Berjaya, Berjaya mencapai kebebasan kewangan. Tak kerja pun duit asyik masuk je…fuhhh.. Bia betik..  Bela toyol ke ape brader ni..hahaha. Astaghfirullah..

~LAyan GAMbar NISSAN GTR~ Macho macam aku kot...hahahaaa..~


~GAmbar Bontot ( Belakang) NISSAN GTR~

Alhamdulillah aku dipertemukan dengan kawan aku ni. Kalau dulu dia biasa-biasa saja tapi sekarang Alhamdulillah MASIH INSAN BIASA seperti anda, makan, minum, tidur dan sebagainya. Cuma dia tak berkerja macam anda dan saya.hahahaaa.

Kawan aku ni ade lah bisness kecil-kecilan dalam masa 2 tahun ni. Tu la yang dia buat sepanjang 2 tahun ni. Bisness jual simkad jer. Ape susah zaman millennium sekarang semua orang pakai simkad maa, so ape susah nak jual simkad.

Meh aku ajar matematik ( SPM A1 ok), kalo 1simkad=Rm 10,
Kalo jual 100 000 simkad= RM 1 juta, so tak mustahil dia bleh pakai Nissan GTR.

~GAmBar KenaNg-kenaNgan Kami~ 

~Sesi Cuci Mata~ Semat Juga NISSAN GTR merah ni, warna kegemaran aku.hahahaa~


Ok la sekian dlu la nak crite pasal kawan aku ni, nantikan episode kedua, Nak cerita ape la simkad yang dia ni jual sampai ramai sangat orang beli..hahaa. Enough is enough, panjang-panjang nanti korang tertidur plak kan.Hahaha.

Sayonara~ arigato gozaimas..

Assalamualaikum..

~Idiaz Zaidi~

Wednesday, 31 August 2016

SPECIAL ENRTY, HARI KEMERDEKAAN!!

HARI KEMERDEKAAN!! MERDEKAKAH KITA??



Assalamualaikum adik-adik kakak-kakak abang-abang pakcik makcik sekalian.
( waalaikumsalam…. Jawab dalam hati…)
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sempena hari merdeka ni, terdetik pulak nak update blog aku ni. Setelah hampir 3 tahun menyepi, agak berhabuk skrin komputer aku ni. Hampir 3 tahun bergelar doktor, masa berlalu amat pantas. Berhempas pulas menjalani kehidupan sebagai doctor, terutama sebagai doctor pelatih, terlalu banyak pengalaman untuk dikongsikan. Terlalu banyak cubaan menimpa-nimpa sepanjang 3 tahun ini. Alhamdulillah masih diberikan kekuatan oleh Allah dan masih mampu untuk berbakti kepada masyarakat.

Kalau nak cerita pengalaman sepanjang 3 tahun ni memang xdapat habis dalam masa sehari, banyak yang telah aku belajar dalam masa 3 tahun ini. Erti kehidupan, erti harapan, erti cinta dan kasih sayang  dan sebagainya. Anda juga harus memiliki pengalaman yang banyak sepanjang 3 tahun ini. Setiap jalan cerita kita berbeza, hanya kita tahu bagaimananya rasa menjadi “Aku”.

HAihh…. HaMpir berkarat minda aku ni nak membuat karangan, harap tiada guru karangan bahasa melayu membaca entry ini sebab markahnya hamper-hampir ke kosong…. Adoi..
Ok la tu nak buang karat dulu… Aku akhiri dengan serangkap pantun 10 kerat,

Merdekakah sudah negaraku?
Andai pemikiran masih terbelenggu,
Masa hadapan semakin buntu,
Ekonomi negara  kian bercelaru,
Tanah dipijak bukan milikmu,
Anak muda persiapkan ilmu,
Kita harus berganding bahu,
Agar kemerdekaan kekal disitu,
Sekian dulu dari aku,
Assalamualaikum, thank you.


~Idiaz Zaidi~

Saturday, 11 May 2013

BERSABARLAH WAHAI HATI~~



Assalamualaikum w.b.t...
Hello hello hello everyone…haha. Lame giler dah tak update blog ni.haha. Busy dengan Profesional Exam 3 yang amat mengerikan. Pelbagai dugaan terpaksa dihadapi sebelum exam, tengah-tengah exam pun amat dramatik. Lepas exam pun sangat mendebarkan, hampir-hampir jadi PTSD (post-traumatic stress disorder) haha. Memang cuak giler la masa pengumuman result exam tu, mane tak nya baru exam hari Isnin hari Jumaat dah umumkan result. Trauma aku pun tak habis lagi.haha. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu an an an..~.  Alhamdulillah dengan izin Allah lulus pun. hurreeyyy. :D InsyaAllah bakal bergelar doktor tidak lama lagi Insyaallah. Alhamdulillah..:)

 
~ALHAMDULILLAH~ HADIAH BUAT BONDA~




Maka berakhirlah pengajian aku dalam bidang perubatan selama 5 tahun. And it also the start of new chapter in my life. :D Terima kasih pertama-tamanya kepada my mom, Rabayaah binti Ibak yang banyak berkorban selama ini, terima kasih atas doa yang tidak putus-putus. Juga terima kasih kepada para pensyarah, rakan seperjuangan, staf-staf sokongan UITM, rakan-rakan dan semua yang membantu selama ini. Thank you so much! 

~SYUKRAN Yazilan ya ustaz~ ;)~


 Habis exam, ape lagi bagi para graduan uiversiti ni, musim mengawan pun tiba ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.hahahaa. Ada yang dah kawen dah pun. Yang bakal kawen tu berderet tengah menunggu giliran masing-masing. Tahniah la kepada rakan-rakan yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Antaranya Solehin n kema, Aizat (anak ayah) n athirah, Hafizuddin ( YB- yang baik), Bun n Iija, Gmah, Kak Izah, Budi??, Sya (org jengka) dan Panjang n Raja.  Semoga kalian berbahagia hingga ke Jannah Allah. :)

~Alololoo comelnyerr~ haha XD~


DAh habis grad ni, ada lah desir-desir angin menbawa suara bertanyakan kepadaku, "Ko bile pulak?". Pastu dengar lagi suara halus berbisik, "Ko bile pulak?".hahadoii.. Susah btul nak jawab soalan macam ni, jawapan mudahnya, "bila sampai masanya, adela.."haha. Mohon dipermudahkan.Amin...hahaha.

~Bersabarlah wahai hati~

In conclusion, setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Setiap penantian insyaAllah pasti akan terbalas. Natijahnya, senantiasa lah bersabar dan percaya dengan rahmat Allah. Berusaha sentiasa, doa banyak-banyak dan bertawakal lah kepada Allah. Semoga Allah tunjukkan jalan Keluar bagi setiap masalah yang dihadapi insyaAllah. With that I end my story by saying Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Yg Benar,
Dr Idiaz Zaidi.. (hehehee..;p)

p/s: just getting excited...haha.

Wednesday, 2 January 2013

MASSIVE PLEURAL EFFUSION VS LUNG COLLAPSE

Assalamualaikum w.b.t..
Hello guys. I just wanna write what I've learned during my medical school. Sekarang pown tga medical school jgk.haha. poyo lah kau.. Hope some of U And I will be benefited from it.


In summary, we can differentiate between massive pleural effusion and lung collapse by physical examination and also by looking at the chest x-ray. Both can be seen by appearance of total white out in the chest x-ray. the different is when we look at the trachea.


 In massive PLEURAL EFFUSION, we will see that there is tracheal deviation move AWAY from the total white out lesion. Where as, in LUNG COLLAPSE we will see that the trachea will deviated TOWARD the lesion.

Chest X-ray in massive pleural effusion.



Chest X-ray in lung collapse~

So, it is very important to distinguish both of them at Emergency Department because the management will be different keyyy. So kne la cek btol2 psakit tue.haha.


Sekian la aku nak tulis. Psal aku keliru ritu so da tanye Doktor kate camni.haha. Sori la meraban jap.haha. Stay cooL~ Okey. Assalamualaikum..

KOMPLIKASI KENCING MANIS!!

~ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Hai semua. Aku kne stadi pasal ke kencing manis so aku tulis la skali dah alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal betis gitu.haha.

WHAT IS DIABETES MELLITUS (DM) yer?
DM is a group of metabolic disorder that characterized by CHRONIC HYPERGLYCEMIA resulting from relative INSULIN DEFICIENCY, INSULIN RESISTANT or both.

Senang crite terlebih gula dalam badan la an..hadoi.


KOMPLIKASI DM??
Nak crite komplikasi DM ni banyak sangat. yg aku crite ni x termasuk emergency presentation dekat hospital.

yang aku ingat complication of DM can be divided into macrovascular and microvascular complication.

MACROVASCULAR COMPLICATION??
DM ni kirenyer risk factor for atherosclerosis. Atherosclerosis ni kirenye macam salur darah kite jadi tebal dan sempit la laluan darah tu.

 Jadi, atherosclerosis ni akan menyebabkan pesakit boleh kena:
a) stroke (angin ahmar)
b) ischemic heart disease (sakit jantung la senang crite)
c) peripheral vascular disease


MICROVASCULAR COMPLICATION??
Microvascular complication ni lg spesifik tuk Dm dari macrovascular. habis salur-salur darah kecik dalam badan affected. tapi paling common kt 3 tempat ni:

a) Retina (retina mata)
b) Renal Glumerulus ( salur buah pinggang)
c) Nerve sheath ( urat saraf)

So jadi la dorang-dorang ni Retinopathy, Nephropathy and Neuropathy. So pesakit boleh jadi buta, rosak buah pinggang, and rosak saraf. Da buta x nampak la, kalo rosak buah pinggang kne la buat dialisis.

Pastu kalo saraf rosak nanti kaki jadi kebas, berdenyut-denyut, sakit kaki. tu sensory type neuropathy. kalo autonomic neuropathy lak pesakit boleh jadi mati pucukk (uuppss..), postural hypotension, muntah, cirit-birit, loya dan yang paling penting dan sebagainya.hahaha.


KESIMPULANNYA??
Rumusannya, elak la dari kene DM ni, gi cek gula slalu kt klinik pasal orang tak taw yang dia dah ade DM ni. Bila da kne complication baru nak g Hospital tu da telambat a bang.. PREVENTION is better than CURE.

Sori a bahase bcampur-campur. Aku pown pening camne nak translate BI ke BM.haha. Pnat da taip nak crite pasal DM ni panjang sangat ah. hadoii..

Sekian la oii.. Ceq nk tidoq dah ni.. Stay cooL~ yew..haha. Assalamualaikummm...:)

Wednesday, 19 December 2012

TESTING.. TESTING!!~


Pendekar Mustar: Ini bukan cobaan, ini betul-betul!
Bujang lapuk: Cooobaaaannn...

Me: Coaabaaaannn..~ >_<




~Aziz , Ramlee dan Sudin.~Haha~

Assalamualaikum w.b.t..
Hai everyone there. How are you? Hope u allz will be fine there.haha..
Emm hari ni nak cakap pasal ujian, kire nama lain bagi cubaan.

Ujian, rintangan, dan cubaan memang tidak lekang daripada kehidupan manusia. Manusia membesar dan matang setelah mengharungi pelbagai ujian dan rintangan dalam kehidupan sehari-hari. Ramai orang semakin berjaya setelah melalui ujian dan rintangan dalam kehidupan mereka. However, tak kurang juga mereka yang kecundang, tewas dan berputus asa setelah diuji dengan mehnah dan onak duri kehidupan. Ujian boleh hadir dalam pelbagai bentuk, ada yang berupa peperangan, kemiskinan, kecacatan, penyakit dan yang paling penting dan sebagainya.haha.


WHY ME?huuhuu
kadang-kadang kita mengeluh sendirian, "kenapa la aku diuji sebegini, ape salah aku..huu" (monolog dalaman..>,<). Takde ke orang lain yang lebih layak diuji sebegini selain aku. Itu kalau dilihat dari sudut negatif. Sedarkah kita bahawa masih ramai lagi orang yang kurang bernasib baik, ujian yang mereka hadapi lebih berat malah melihatnya sahaja boleh melahirkan perasaan sedih dan kasihan. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 286:

Au'zubillahiminassyaithonirrajim..
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” 
[Surah Al-Baqarah ayat 286]




Jadi kita amat beruntung kerana dipilih Allah untuk menghadapi ujian-ujian tersebut. Daripada insan lain yang terus dibiarkan dalam kealpaan dan kelekaan...





PUTUS ASA..HUU
 "Aku buat baik pun tak guna, last-last ni balasan untuk aku..huu..". Antara keluhan dan rintihan mereka yang menghadapi ujian. Terasa macam kebaikan yang lampau tidak berbalas. Bahkan musibah pula yang melanda. Mungkin dengan ujian inilah Allah nak lihat sejauh mana keikhlasan kita dalam melakukan kebaikan. Adakah kebaikan yang kita buat semata-mata kerana Allah atau pun untuk mendapatkan balasan atau pujian daripada orang ramai.. Firman Allah S.W.T dalam surah Yusuf ayat 87: 

Au'zubillahiminassyaithonirrajim..

“… dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” 
[Surah Yusuf ayat 87]





HABIS TU NAK BUAT APE..HUU..
Setiap ujian melanda pasti ada jalan penyelesaiannya. Dengan ujian inilah Allah nak mendekatkan kita kepadanya. Dengan ujian inilah bisa membuatkan kita bangun dari kealpaan kita, kembali ke dunia nyata. Bahwasanya, kita ini hanyalah hamba yang lemah. Dengan izin-Nya lah kita mengecapi segala kenikmatan, kekayaan, kemewahan. Milik-Nya lah segala yang ada disisi kita. Maka terhindarlah kita daripada sifat sombong, bongkak dan bangga diri. Dan bersemilah rasa rendah diri di dalam hati.. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 45:

Au'zubillahiminassyaithonirrajim..


“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” 
[Surah Al-Baqarah ayat 45]




So, banyak-banyakkan bersabar okey. Jangan lupa solat selalu. Mudah-mudahan dengan solat itulah Allah datangkan penyelesaian kepada ujian yang kita hadapi melalui jalan yang kita tidak sangka-sangka. Allah yang ciptakan ujian, so Allah jualah yang mampu memberikan jalan penyelesaian untuk kita. Always have faith in Allah k! :D

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

HAHAA entry kali ni lebih kepada muhasabah diri, especially  untuk diri aku la..haha. Macam-macam jadi.haha. Tapi kalo jumpe orang pown kite senyum-senyum slalu okey.haha. :D

Stay cooL~ bebeyh. byebye~. wassalam...

SURAH AL-ANKABUUT, AYAT 2~

Monday, 17 December 2012

DEK KERANA HUJAN~~


Assalamualaikum.. w.b.t..:)

Tup.. Tup.. Tup..
            Tup.. Tup.. Tup..
                Kedengaran bunyi hujan berdetup menyinggah ke atap bumbung rumahku. Malam ini sungguh dingin sekali, sehingga menyergah ke liang romaku dan membuatnya berdiri. Kurasakan malamku amat sunyi sekali, hanya detupan titisan hujan disertai nyanyian cengkerik menerjah masuk ke gegendang telingaku. Sungguh tenang dan damai malam ini.

                Dek kesejukan yang meliputiku, aku meraba-raba di kegelapan malam yang dingin sepi itu. Akhirnya, kutemukan jua selimut yang kucari. Lalu kubiarkannya menyelimuti tubuhku, dengan harapan agar ia dapat menghangatkan malamku yang dingin ini..

                Tapi kini.. Semuanya hanya tinggal mimpi...

HAHA sebenarnya aku tgah nak tido ni. Hari hujan plak tu.. Memang terbaek, syok habis tu tido time hujan. Ni la saat paling syok nak melelapkan mata.

Maha Suci Allah.. Dia hantarkan air hujan je, da boleh membuatkan kita berasa tenang dan damai. Kadang-kadang kita tak nampak pun nikmat yang Allah bagi apetah lagi mensyukurinya. Kita duk sibuk mencari kemewahan dunia, mengumpulkan harta benda, mengejar pangkat dan nama dengan harapan semuanya dapat memberikan kebahagiaan hakiki untuk kita. Walhal, harta, pangkat, kedudukan, darjat pun belum tentu dapat memberikan ketenangan dan kebahagiaan pada kita.

Firman Allah S.W.T dalam surah Ibrahim ayat ke 7:


And remember! your Lord caused to be declared (publicly): "If ye are grateful, I will add more (favours) unto you; But if ye show ingratitude, truly My punishment is terrible indeed." 


Marilah kita bersama-sama menjadi hamba yang bersyukur. Mudah-mudahan kita akan bisa menemui ketenangan yang kita cari dalam kehidupan selama ini..:)

Emm.. Da abis idea.hahaha.. Stay CooL~ okey.. wassalam..:)



p/s: Ni ujan beberapa hari lepas. harap-harap malam ni ujan lagi..huhu.. syiok ooo...:D